Saturday, 15 December 2012

RINDU NYE KAT KOWG!!

ASSALAMUALAIKUM...

lama tak masuk sini...
tiba2 malam ni aku terasa nak masuk sini..
maybe sunyi sangat kot..
yela dah lama tak dengar khabar berita korg...
korg sihat ke?
alhamdulillah klu sihat..
yela semua da busy dengan hal masing2...
kat sini aku boleh la tulis panjang2..
rasa mcm nk buat karangan plak..
pas tu anta kat cikgu jamilah...
cikgu,sy rindu cikgu jugak...
tiba2 teringat...

"Cikgu,kenapa karangan sy dpt markah byk ni je?"
cikgu pun jwb...
"Saya tak nak awk selesa dgn markah yg awk dpt,nanti awk tak berusaha."

teringin nak melawat sekolah semula...
walaupun sekejap je kat sekolah tu tapi aku bleh serasi plak dgn persekitaran nya...
hmm...
dalam masa seminggu ni mcm2 perkara aq terfikir semula..
psl kwn2,cikgu,kelas...
dan....hmmm...
okla sampai sini je la aku nk merepek...
nt klu aku teruskan lain plak jadinya...
assalamualaikum...
aku harap korg berjaya dunia akhirat...
dan sentiasa sihat...

drpd syaz...

Thursday, 26 July 2012

-untitled post-


ADA BENDA NAK CAKAP!!!!
AMARAN TAHAP TERAKHIR KEPADA SEMUA YANG TAK RETI BAHASA ASYIK SURUH AKU CEPAT-CEPAT SAMBUNG BELAJAR TU.

Hehe. Cuak? =P
Bukan apa... penat ler asyik nak explain…
Cuba bayangkn kalau setiap kali jumpa kawan yang dh 2-3 bulan tak jumpa, tetiba jer:

Jumpa epul kat bazar, “Takkan nak kerja terus kot?”
Chatting dengan arcina, “aq rasa better ko blajar drpd keje nanti ko seorang je ketinggalan dalam kelas kite.”
Messaging dengan syakir, “kau dh ada mse dpn kat steamboat tu. Kerja dh bgus. Pahala msuk mcm air lagi.” <--- (tangan ke bahu, mata ke atas, mulut senget. kurang asam ko syakir.)

Cuba tanya, “Kau sihat naz? Lama tak jumpa.” Sejuk sikit hati aku. ;)

Hari tu jumpa mak huda, “Takpe lar… masih belum ada rezeki. Banyakkan bersabar & doa banyak2. Nak beli kuih apa ni???? Air pulak????

nota: thanx mak cik. muaaaah! (;

Mak aidil pulak, “Belajar lambat ni bahaya… kang takut dah banyak pegang duit, takut niat nak belajar tu hilang lak…”

nota: baik mak cik….. faham. =D

Mak liyana, “. . . . . . . . . . . . . . . . . ”

nota: . . . . . . . . . . . . .  kih kih kih. Gurau semata-mata.

Jangan risau pasal aku… aku tak kisah belajar lambat pun. Aku redha jer dengan ketentuan ALLAH S.W.T. Tolong doakan aku dapat sambung pelajaran macam korang semua, aku amat amat amat perlukn doa. Bukannya aku tak cuba apply mana2… bidang yang berkaitan SAINS aku langsung tak layak tau! Yang lain pulak takde yg ‘kena’ dengan minat & cita2 aku lagi…

MASIH NAK JADI ENGINEER TAU!

Tapi aku tak kisah pun apa-apa kos yg aku ambik nanti. Asal buat betul2 cukup. Account pun ok apa?! LIKE!!! Sekarang tengah tunggu intake-2 UiTM. Nak masuk kolej, takde duit ler pulok! Menyesal dulu tak belajar pandai2. T_T
P/S: sesiapa yang ada adik kecik kat rumah tu sila jadikan kisah aku ni satu pengajaran ok? :)

[apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka.]

-NAZRI MUHAMMAD-

Sunday, 15 April 2012

The Journey

here is our brand new video that have filming in Malacca during our vacation at the city of UNESCO.

liverpooladidas8 present "THE JOURNEY"
Starring:Syakir,Wan,Hafiz,Ameer,Ali,Nafith,Fitri,Iskandar Feauturing: the people of Malacca and Rawang 

So lot of things we have done during SPM breaks and IPT calling period. Lets see from 8th December 2011 just 8days after our last SPM paper done, we have start our new life by looking for a job. I think us Nafith,Altaf and Syakir was the first member of our class got a job first at Tesco followed by Aidil and KennyRogers. Yes, it is not easy day, a new life, no more text books, no more teachers and no more classmate. But, yes we were survived for a month worked there. New experience. On 2th April 2012, a members of our class Nafith,Syakir and Fitri had joined a trip to historical city of Malacca. Very enjoyable trip, we proud we were not using even a cent of our parents money to go there. This was a few picture during our trip in Malacca.




Ikhlas crew member: Syakir(Red Soccer shirt), Nafith(Orange Shirt), Fitri(Black&white shirt)





Way the minute, there is another video shoot during our working period, just for fun... :)



by: Admin Haroro_asy

Dosa meninggalkan sembahyang


Apakah dosa yg lebih besar dari berzina dan membunuh?


Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rona mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyuk hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan - pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk".
Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia Berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.
"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun bercerita, "Saya... telah berzina."
"Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.
Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan keji, nyah kamu dari sini! Agar seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca melentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah pergi. Dia teresak-esak keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan.Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.



Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"
"Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kebingungan."Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina"
Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.
Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya. (Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy)
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.
Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

by: Admin Haroro_asy

Kejujuran seorang hamba




Mubarak adalah seorang hamba. Mubarak ialah ayah kepada Abdullah bin Mubarak, ulamak yang terkenal.
Beliau pernah bekerja sebagai penjaga di sebuah kebun pokok delima milik seorang saudagar kaya dari negeri Hamdzan. Pada suatu hari, majikannya datang kepadanya dan berkata: "Wahai Mubarak, aku ingin rasa buah delima yang manis." Mubarak lantas berjejas menghampiri sebuah pokok delima dan memetik buahnya. Majikannya pun membelah dan memakan buah delima itu, tetapi memarahinya kerana rasa buah tersebut sungguh masam. "Aku mahukan yang manis, tetapi kamu ambil yang masam. Ambilkan aku yang manis!" marahnya.
   Mubarak pun segera berlari untuk memetik buah delima dari pohon lain. Setelah dimakan ternyata rasanya sama masam juga. Majikannnya sungguh semakin marah. Dengan rasa takut, beliau lantas memetik lagi buah delima untuk kali ketiga. Setelah itu majikannya bertanya: "Apakah engkau tidak tahu membezakan yang manis dan masam?". Mubarak menjawab: "Tidak." "Mengapa", majikannya bertanya hairan. "Aku tidak pernah memakan buah dari kebun ini sehingga aku benar-benar pasti ia halal untukku," jawabnya. "Mengapa begitu?" tanya majkannya lagi. Jawab Mubarak: "Kerana aku hanya disuruh untuk menjaganya, bukan disuruh memakannya."




   Pemilik kebun itu terkesima mendengar jawapan Mubarak itu. Dia hanya seorang penjaga kebun tetapi sangat jujur dan amanah. Diri Mubarak begitu mulia di matanya, sehingga anak perempuannya sering dilamar orang ditawarkan untuk berkahwin dengan Mubarak. Majikannaya berkata: "Wahai Mubarak, pada pandanganmu siapakah yang layak untuk memperisterikan dengan anak perempuanku?" Mubarak menjawab: "Orang jahiliah dahulu menikahkan puteri-puteri meraka mengikut keturunan. Orang yahudi pula berkahwin kerana harta, orang Nasrani kerana kecantikan rupa parasnya. Dan umat ini berkahwin kerana agama."
   Majikan semakin takjub dengn jawapn Mubarak. Lalu dia berbincang dengan isterinya dan berkata: "Pandanganku tiada yang lebih layak untuk dijodohkan dengan puteri kita selain Mubarak."
    Mubarak pun dinikahkan dengan puterinya. Dahulu majikan kini menjadi mertuanya dan mewarisi harta yang melimpah ruah. Daripada perkahwinana ini, lahirlah seorang alim dan ahli  hadis yang zuhud.






                  Orang yang suka berkata jujur akan mendapat tiga perkara iaitu kepercayaan, cinta dan rasa hormat. (Saidina Ali)







Wednesday, 29 February 2012

seloka ikhlascrew....


Assalamualaikum pembuka kata,
seloka ini utk semua,
tajuk seloka diberi bersama,
'5 ikhlascrew' itulah namanya.

adi aiman ceria orgnya,
tiada dia kuranglah ketawa,
apa kurangnya si azlina,
diam2 sudah berpunya.

nadia,iera,bella suka ketawa,
'belangkas girl' diberi nama,
myrul myra pandai orgnya,
sering dijadikan bahan ketawa.

kama dan atyn pendiam orgnya,
kemana2 sentiasa bersama,
arcina pula berbangsa india,
bersama kami kemana shj.

dua jejaka bercermin mata,
sentiasa berusaha membina kerjaya,
syakir dan epul itulah orgnya,
kedua2nya pengawas sek kita.

fasih berbahasa itulah dia,
kivigga namanya akrab bersama,
tdk pernah kami lupakannya,
kerana dia baik orgnya.

aidilfitri setahun sekali,
itulah dia si kembar kami,
nazri pula pengawas koperasi,
selalu dibuli pelajar lelaki.

sabar dan ikhlas itulah huda,
digelar ustazah kerana bicaranya,
tinggi lampai senyum sentiasa,
itulah milin yg kuat ketawa.

altaf suka mendendangkan lagu,
utk melayan perasaannya itu,
no.1 BI nya selalu,
rafiq dan dalila suka yg itu.

'kpop addicted' itulah dia,
bahasa korea pilihan dirinya,
kumpulan Big Bang itulah kesukaannya,
yanae berazam ingin ke sana.

dayah pula baik pekertinya,
keputusannya hebat tdk terkata,
nazmi dan taj apa kurangnya,
keputusan mereka gempak selalunya.

farid pula digelar 'remy',
kerana selalu pujian diberi,
nafith selalu digelar penyanyi,
itulah dia bruno mars kami.

ingin saya memperkenalkan diri,
nama syaza ayah yg beri,
mungkin terkasar bicara ini,
ingin memohon maaf sekali.

belum berakhir seloka ini,
teringat pula seseorg ini,
wlaupun tiada bersama kami,
arwah Qayyum tetap dihati.

terasa sedih ingin berhenti,
hrp dpt bergurau lagi,
terima kasih daun keladi,
kerana membaca seloka ini.

p/s:
sudah baca hrp disukai,
boleh beri komen sekali,
sy hrp semua menyukai,
boleh sy jdkan ini memori.





Kawan selamanya...


Semoga Allah SWT  mencucuri rahmat ke atasnya dan 
ditempatkan bersama org2 yg soleh..

Arwah Muhammad Nur Qayyum bin Faizal
pelajar tingkatan 5 Ikhlas 2010/2011 yang dilahirkan pada 16 jun 1994
dan pulang ke rahmatullah pada 16 julai 2011...





Al-Fatihah...
always with us forever....