Sunday, 15 April 2012

The Journey

here is our brand new video that have filming in Malacca during our vacation at the city of UNESCO.

liverpooladidas8 present "THE JOURNEY"
Starring:Syakir,Wan,Hafiz,Ameer,Ali,Nafith,Fitri,Iskandar Feauturing: the people of Malacca and Rawang 

So lot of things we have done during SPM breaks and IPT calling period. Lets see from 8th December 2011 just 8days after our last SPM paper done, we have start our new life by looking for a job. I think us Nafith,Altaf and Syakir was the first member of our class got a job first at Tesco followed by Aidil and KennyRogers. Yes, it is not easy day, a new life, no more text books, no more teachers and no more classmate. But, yes we were survived for a month worked there. New experience. On 2th April 2012, a members of our class Nafith,Syakir and Fitri had joined a trip to historical city of Malacca. Very enjoyable trip, we proud we were not using even a cent of our parents money to go there. This was a few picture during our trip in Malacca.




Ikhlas crew member: Syakir(Red Soccer shirt), Nafith(Orange Shirt), Fitri(Black&white shirt)





Way the minute, there is another video shoot during our working period, just for fun... :)



by: Admin Haroro_asy

Dosa meninggalkan sembahyang


Apakah dosa yg lebih besar dari berzina dan membunuh?


Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rona mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyuk hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan - pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk".
Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia Berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.
"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun bercerita, "Saya... telah berzina."
"Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.
Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan keji, nyah kamu dari sini! Agar seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca melentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah pergi. Dia teresak-esak keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan.Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.



Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"
"Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kebingungan."Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina"
Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.
Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya. (Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy)
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.
Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

by: Admin Haroro_asy

Kejujuran seorang hamba




Mubarak adalah seorang hamba. Mubarak ialah ayah kepada Abdullah bin Mubarak, ulamak yang terkenal.
Beliau pernah bekerja sebagai penjaga di sebuah kebun pokok delima milik seorang saudagar kaya dari negeri Hamdzan. Pada suatu hari, majikannya datang kepadanya dan berkata: "Wahai Mubarak, aku ingin rasa buah delima yang manis." Mubarak lantas berjejas menghampiri sebuah pokok delima dan memetik buahnya. Majikannya pun membelah dan memakan buah delima itu, tetapi memarahinya kerana rasa buah tersebut sungguh masam. "Aku mahukan yang manis, tetapi kamu ambil yang masam. Ambilkan aku yang manis!" marahnya.
   Mubarak pun segera berlari untuk memetik buah delima dari pohon lain. Setelah dimakan ternyata rasanya sama masam juga. Majikannnya sungguh semakin marah. Dengan rasa takut, beliau lantas memetik lagi buah delima untuk kali ketiga. Setelah itu majikannya bertanya: "Apakah engkau tidak tahu membezakan yang manis dan masam?". Mubarak menjawab: "Tidak." "Mengapa", majikannya bertanya hairan. "Aku tidak pernah memakan buah dari kebun ini sehingga aku benar-benar pasti ia halal untukku," jawabnya. "Mengapa begitu?" tanya majkannya lagi. Jawab Mubarak: "Kerana aku hanya disuruh untuk menjaganya, bukan disuruh memakannya."




   Pemilik kebun itu terkesima mendengar jawapan Mubarak itu. Dia hanya seorang penjaga kebun tetapi sangat jujur dan amanah. Diri Mubarak begitu mulia di matanya, sehingga anak perempuannya sering dilamar orang ditawarkan untuk berkahwin dengan Mubarak. Majikannaya berkata: "Wahai Mubarak, pada pandanganmu siapakah yang layak untuk memperisterikan dengan anak perempuanku?" Mubarak menjawab: "Orang jahiliah dahulu menikahkan puteri-puteri meraka mengikut keturunan. Orang yahudi pula berkahwin kerana harta, orang Nasrani kerana kecantikan rupa parasnya. Dan umat ini berkahwin kerana agama."
   Majikan semakin takjub dengn jawapn Mubarak. Lalu dia berbincang dengan isterinya dan berkata: "Pandanganku tiada yang lebih layak untuk dijodohkan dengan puteri kita selain Mubarak."
    Mubarak pun dinikahkan dengan puterinya. Dahulu majikan kini menjadi mertuanya dan mewarisi harta yang melimpah ruah. Daripada perkahwinana ini, lahirlah seorang alim dan ahli  hadis yang zuhud.






                  Orang yang suka berkata jujur akan mendapat tiga perkara iaitu kepercayaan, cinta dan rasa hormat. (Saidina Ali)