Sunday, 15 April 2012

Kejujuran seorang hamba




Mubarak adalah seorang hamba. Mubarak ialah ayah kepada Abdullah bin Mubarak, ulamak yang terkenal.
Beliau pernah bekerja sebagai penjaga di sebuah kebun pokok delima milik seorang saudagar kaya dari negeri Hamdzan. Pada suatu hari, majikannya datang kepadanya dan berkata: "Wahai Mubarak, aku ingin rasa buah delima yang manis." Mubarak lantas berjejas menghampiri sebuah pokok delima dan memetik buahnya. Majikannya pun membelah dan memakan buah delima itu, tetapi memarahinya kerana rasa buah tersebut sungguh masam. "Aku mahukan yang manis, tetapi kamu ambil yang masam. Ambilkan aku yang manis!" marahnya.
   Mubarak pun segera berlari untuk memetik buah delima dari pohon lain. Setelah dimakan ternyata rasanya sama masam juga. Majikannnya sungguh semakin marah. Dengan rasa takut, beliau lantas memetik lagi buah delima untuk kali ketiga. Setelah itu majikannya bertanya: "Apakah engkau tidak tahu membezakan yang manis dan masam?". Mubarak menjawab: "Tidak." "Mengapa", majikannya bertanya hairan. "Aku tidak pernah memakan buah dari kebun ini sehingga aku benar-benar pasti ia halal untukku," jawabnya. "Mengapa begitu?" tanya majkannya lagi. Jawab Mubarak: "Kerana aku hanya disuruh untuk menjaganya, bukan disuruh memakannya."




   Pemilik kebun itu terkesima mendengar jawapan Mubarak itu. Dia hanya seorang penjaga kebun tetapi sangat jujur dan amanah. Diri Mubarak begitu mulia di matanya, sehingga anak perempuannya sering dilamar orang ditawarkan untuk berkahwin dengan Mubarak. Majikannaya berkata: "Wahai Mubarak, pada pandanganmu siapakah yang layak untuk memperisterikan dengan anak perempuanku?" Mubarak menjawab: "Orang jahiliah dahulu menikahkan puteri-puteri meraka mengikut keturunan. Orang yahudi pula berkahwin kerana harta, orang Nasrani kerana kecantikan rupa parasnya. Dan umat ini berkahwin kerana agama."
   Majikan semakin takjub dengn jawapn Mubarak. Lalu dia berbincang dengan isterinya dan berkata: "Pandanganku tiada yang lebih layak untuk dijodohkan dengan puteri kita selain Mubarak."
    Mubarak pun dinikahkan dengan puterinya. Dahulu majikan kini menjadi mertuanya dan mewarisi harta yang melimpah ruah. Daripada perkahwinana ini, lahirlah seorang alim dan ahli  hadis yang zuhud.






                  Orang yang suka berkata jujur akan mendapat tiga perkara iaitu kepercayaan, cinta dan rasa hormat. (Saidina Ali)







1 comment:

  1. the best la huda...teruskan usaha anda...aq sebarkan citer sal kwn2 kita..ko hal agama...kita bhgikan tugas utk warnai blog kita...

    ReplyDelete